Pengertian
Jamadil
Akhir memberi erti musim sejuk yang akhir. Dari segi bahasa,
ia bermaksud penghabisan atau beku penghabisan. Bulan ini
dinamakan sedemikian setelah musim kekeringan atau air menjadi
beku telah berakhir. Pada ketika itu air yang pada mulanya
beku telah beransur-ansur menjadi cair. Namun demikian,
salji-salji atau air yang beku masih lagi kedapatan di sana-sini.
Peristiwa-Peristiwa
Penting Bulan Jamadil Akhir
1.
Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal
dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah
bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun
dan telah disemadikan bersebelahan maqam Rasulullah
s.a.w. Ketika hidup, beliau merupakan pemuda terawal
yang menerima dakwah dan membenarkan kerasulan Baginda
s.a.w. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq mempunyai
akhlaq yang mulia dan sanggup menginfaqkan seluruh
harta dan kemewahannya pada jalan Allah sehingga tidak
meninggalkan sebarang harta ketika matinya. Sebelum
kematiannya, beliau telah melantik Saiyidina `Umar
Al-Khattab sebagai Khalifah Islam yang kedua menggantikan
tempatnya.
2.
Perlantikan Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah
kedua pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah.
3. Berlakunya peperangan Yarmuk pada bulan Jamadil Akhir
tahun ke 13 Hijrah. Peperangan ini telah diketuai
oleh Khalid bin Al-Walid dan disertai tentera Muslimin
seramai 45,000 orang yang menghadapi tentera Rom (Byzantin)
seramai 240,000 orang. Di dalam peperangan ini telah
menyaksikan separuh tentera Rom telah terkorban dan
seramai lebih kurang 3,000 orang tentera Muslimin
syahid di medan perang. Bagaimanapun tentera Muslimin
yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid telah berjaya
mengalahkan tentera Rom yang begitu ramai.
Fadhilat
Amalan-amalan
ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat pada bulan
Jamadil Akhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain.
Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam
dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita digalakkan untuk
meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan
mana sekalipun.
Terdapat
banyak lagi amalan sunat yang belum lakukan atau belum berkesempatan
untuk melakukannya. Maka yang demikian, pada bulan ini adalah
masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat
yang mungkin kita belum atau tidak berkesempatan untuk melakukannya
sebelum ini. Di samping kita menjaga dan meningkatkan kualiti
amalan-amalan wajib, kita juga digalakkan agar memperbanyakkan
amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat
adalah sebagai penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan
wajib kita.
Di
antara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah
s.a.w. sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat nafilah,
puasa Isnin dan Khamis, sedekah, membaca Al-Qur’an dan lain-lain
lagi.
No comments:
Post a Comment