DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN - ADAKAH IA BENAR ATAU BATHIL? | |||
|
|||
Insya
Allah pada kali ini, kita akan membuat kesimpulan/ringkasan mengenai
isu amalan awal muharam. Untuk memudahkan kita, Kami akan mengkhususkan
kesimpulan kita ini berkisar mengenai amalan doa awal dan akhir tahun.
Berikut adalah doa yang dimaksudkan:
Awal tahun
"Segala puji tertentu
bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga
baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku
melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak
reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang
ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat.
Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau,
ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai
dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya
Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan
janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan
salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga
sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara
dan mentadbir sekalian alam".
Akhir tahun
"Segala
puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad
dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal
abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan
kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon
daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam,
pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan
daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan
melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan
diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi
Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji
tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian
alam".
Manakala berikut ini adalah fadhilat serta kaedah pembacaan yang sering kelihatan:
Ibnu Abbas berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu".
Selepas doa(awal
tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah
pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku
satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya
setahun".
Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".
Bacalah doa awal tahun berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.
Bacalah doa akhir tahun sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam.
Kami
telah cuba untuk mencari serta menjejak kesemua fadhilat serta kaedah
pembacaan di atas, namun sayangnya hasil pencarian kami tidak membuahkan
sebarang hasil. Bukan hanya kitab-kitab hadis sittah, malahan kitab
hadis dhaif dan palsu juga telah kami cuba mencarinya namun hasilnya
serupa, hampa.
Bukan
di situ sahaja usaha kami, bahkan fatwa-fatwa dan sumber dari
ulama-ulama luar negara selain nusantara telah kami selongkar, tapi juga
tidak membuahkan hasil. Maka kami telah membuat kata putus bahawa semua
fadhilat serta kaedah pembacaan yang dinyatakan di atas adalah batil
dan tidak sabit pada nas al-Quran dan hadis sahih.
Rasulullah saw telah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari yang beerti:
Barangsiapa yang beramal dengan sesuatu amalan yang tidak ada hubungan dengan urusan kita, maka ia tertolak.
Maka
di sini telah jelas bahawa barangsiapa yang mengamalkan amalan awal
Muharam(Doa Awal dan Akhir Tahun), beriqtikadkan bahawa ia mempunyai
kelebihan sepertimana yang digambarkan, apatah lagi mengatakan amalan
ini adalah sunnah Rasulullah saw, maka amalannya tertolak. Dan Allah
Rasulullah saw juga telah memberi amaran kepada mereka yang berdusta
terhadap baginda saw dalam hadis sahih yang bermaksud:
Barangsiapa yang melakukan pendustaan ke atasku dengan sengaja, maka sediakanlah tempat duduknya di dalam neraka. Hadis Mutawtir
Ibnu Masud pernah berkata yang bermaksud:
Hendaklah anda
sekalian mengikuti apa saja yang dibawa oleh Rasulullah saw dan jangan
anda mengada-adakan sesuatu yang baru. Sesungguhnya sudah cukup bagi
anda sekalian(sunnah yang dibawa oleh Rasulullah saw).
Ibnu Abbas juga pernah berkata:
Hendaklah anda
sentiasa bertaqwa kepada Allah dan beristiqamah. Ikutilah(apa saja yang
disunnahkan oleh Rasullah saw) dan janganlah anda mengada-adakan sesuatu
yang baru.
Kesimpulan
Doa
pada asal memang terdapat dalam Islam. Dalilnya cukup banyak. Baik di
dalam Al-Quran maupun hadis-hadis sahih. Namun begitu, terdapat juga
sesetengah pihak yang menaylahgunakan konsep berdoa itu yang sebenar.
Mereka menciptakan waktu-waktu khas yang kononnya mustajab yang tidak
sabit dari al-Quran dan hadis, mereka menciptakan fadhilat-fadhilat yang
kononnya memberi ganjaran apabila dilakukannya dan bermacam-macam lagi.
Kesan dari itu wujudlah sepertimana yang sedang kita bincangkan ini
iaitu doa awal dan akhir tahun.
Kami
berpendapat adalah tidak salah untuk dibacakan doa-doa tersebut. Kerana
berdoa memanglah digalakkan. Tetapi doa tersebut tidaklah seharusnya
dijadikan satu amalan yang dilakukan hanya kerana datangnya tahun baru.
Apatah lagi dikaitkan doa tersebut kononnya sabit dari Rasulullah saw.
Juga mengatakan dengan membacanya maka akan diperolehlah
fadhilat-fadhilat tertentu. Kerana kesemua riwayat yang berkaitan doa
awal dan akhir tahun ini adalah batil. Ingatlah pada sebuah hadis yang
masyhur yang bermaksud:
Sesungguhnya
benar-benar hadith(percakapan) itu ialah kitab Allah. Sebaik-baik
petunjuk ialah petunjuk Muhammad saw. Manakala sejahat-jahat urusan itu
ialah yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu adalah
bidah manakala setiap bidah adalah sesat. Hadis riwayat Muslim
Dalam hadis riwayat An-Nasai pula terdapat tambahan:
.dan setiap kesesatan itu di dalam neraka.
Doa tersebut boleh saja dibaca pada lain-lain waktu. Bukan dikhaskan hanya ada awal dan akhir tahun sahaja.
Beginilah
pendapat dan pegangan kami. Sekiranya terdapat sesiapa yang mungkin
dapat mengutarakan dalil dari al-Quran dan hadis yang sahih berkaitan
amalan ini haraplah berbuat demikian. Kerana sesungguhnya kami hanyalah
hamba Allah yang lemah.
Sekian. Wassalam
DOA
1 (Akhir Tahun)
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالمَيِن
وَالصَّلاَةُ
وَالسَّلاَمُ
عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِهِ
وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ
اللَّهُمَّ
مَا عَمِلْنَا
فِيْ هَذِهِ
السَّنَةِ مِمَّا
نَهَيْتَنَا
عَنْهُ فَلَم
نَتُبْ مِنْهُ
وَلمَ تَرضَهُ
وَلمَ تَنْسَهُ
وَحَلُمْتَ
عَلَيْنَا بَعْدَ
قُدْرَتِكَ
عَلَى عُقُوبَيْتِنَا
إِلَى التَّوْبَةِ
مِنْهُ بَعْدَ
جُرْأَتِنَا
عَلَى مَعْصِيَتِكَ
فَإِنَّنَا
نَسْتَغْفِرُكَ
فَاغْفِرْ لَنَا
، وَمَا عَمِلْنَا
فِيْهَا مِمَّا
تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا
عَلَيْهِ الثَّوَابُ
فَنَسْأَلُكَ
اللَّهُمَّ
يَا كَرِيْمُ
يَا ذَاالْجَلاَلِ
وَاْلإِكْرَامِ
أَنْ تَتَقَبَّلَهُ
مِنَّا وَلاَ
تَقْطَعُ رَجَاءَنَا
مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ
. رَبَّنَا آتِنَا
فِي الدُّنْيَا
حَسَنَةً وَفِيْ
الآخِرَةِ حَسَنَةً
وَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ . وَصَلَّى
اللهُ عَلَى
سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ
وَالْحَمْدُ
لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya
: Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu
tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu
sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa
yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan
kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak
meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas
kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi
peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau,
maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami
dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau
telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan
Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga
Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami
daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada
kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami
akan azab api neraka.
DOA
2 (Awal Tahun)
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالمَيِن
وَالصَّلاَةُ
وَالسَّلاَمُ
عَلَىأَشْرَفِ
الأَنْبِيَاءِ
وَالْمُرْسَلِيْنَ
سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ
.اللَّهُمَّ
أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ
الْقَدِيْمُ
اْلأَوَّلُ
وَعَلَى فَضْلِكَ
اْلعَظِيْمِ
وُجُوْدِكَ
الْمُعَوِّلِ.
وَهَذَا عَامٌ
جَدِيْدٌ قَدْ
أَقْبَلَ عَلَيْنَا
. نَسْأَلُكَ
الْعِصْمَةَ
فِيْهِ مِنَ
الْشَّيْطَانِ
الرَّجِيْمِ
وَأَوْلِيَاءِهِ
وَجُنُوْدِهِ
وَالْعَوْنَ
عَلَى هَذِهِ
النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ
بِالسُّوْءِ
وَالإِشْتِغَالِ
بِمَا يُقَرِّبُنَا
إِلَيْكَ زُلْفَى
.اللَّهُمَّ
يَا مُحَوِّلَ
اْلأَحْوَالِ
حَوِّلْ حَالَنَا
إِلَى أَحْسَنِ
الأَحْوَالِ
بِحَوْلِكَ
وَقُوَّتِكَ
يَا عَزِيْزُ
يَا مُتَعَالُ
. رَبَّنَا آتِنَا
فِي الدُّنْيَا
حَسَنَةً وَفِيْ
الآخِرَةِ حَسَنَةً
وَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ . وَصَلَّى
اللهُ عَلَى
سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ
وَالْحَمْدُ
لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya
: Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang,
segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian
alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia
nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad
s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya
sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim
lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar
dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah
tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi
kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan
padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya
dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan
di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan
dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan
sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri
kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan
segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada
sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan
Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi.
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan
di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah
kami akan azab api neraka.