Saturday, January 22, 2011

Buku Teks English Year 1

Kesalahan dalam buku teks KSSR ENGLISH YEAR 1 2011


Sunday, January 9, 2011

Majlis Persaraan PK HEM

MAJLIS PERSARAAN PN HJH ENCHE ASIAH BT. MAMAT

PEN. KANAN HAL EHWAL MURID

Satu Majlis Persaraan yang ringkas telah berlangsung pada hari ini Ahad 09 Januari 2011bagi meraikan Pn. Hjh. Enche Asiah Bt. Mamat yang bersara wajib. Beliau telah bersara pada hari ini setelah berkhidmat selama lebih 30 tahun dalam bidang pendidikan.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan


Bak air yang mengalir.
Tiba jua kiranya di muara waktu,
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku.

Ucapan daripada tetamu yang diraikan

Tiba waktunya untuk menyusun jemari,
Membuang segala kerikil bersalut di hati,
yang terkhilaf dimaafi,
yang sesal diinsafi,
yang lebih dibahagi,
yang kurang dilengkapi,
Agar saat perpisahan ini indah,
Terlerai segala durja gundah,
Tersirna cebisan amarah,
Terurai segala yang bercanggah.



Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat



Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Pasti tersisa kenangan yang terindah,
Berhias luka tidak berdarah,
Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,
Kerana sekali dipanggil guru,
selamanya pun bergelar guru.


Selamat tinggal seribu kerenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah!

Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Di sini kami pasti merindu,
hakikat seorang individu,
Pn. Hjh Enche Asiah,
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu.


Selamat berangkat dalam doa berkat,
Selamat istirahat dari segala muslihat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra!
Senyumlah seindah suria,
Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh keredaan-Nya.

Bak air yang mengalir,
Sampai di sini kenangan indah pasti terukir!



Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011


SELAMAT TAHUN BARU 2011


Pejam celik pejam celik dah setahun rupanya. Hari ini tabir 2011 mulai disingkap. Ada yang mula memasang angan dan tak kurang juga membulat azam untuk mencapai sesuatu hajat yang diinginkan dalam tahun 2011 ini. Situasi ini tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan waktu. Sesiapa yang bijak menguruskan waktu dalam jadual sehariannya maka berpeluanglah untuk mencapai hajat dicitakan. Sebaliknya kepada sesiapa yang hanya membazirkan masa tanpa melakukan apa-apa pastinya kemudian hari berdepan dengan kerugian. SKKT mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011
Yesterday is memory. Today is a gift. Tommorow is a Hope. Let’s begin New Year ….. with faith, love, peace and new hope
Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui. Coretan demi coretan telah memenuhi, kadang tak berarti, kadang tanpa makna, atau hanya sedikit makna. Semoga di tahun ini setiap lembaran memiliki makna, setiap lembaran bermanfaat. Selamat tahun baru 2011. Semoga lebih berjaya.

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Biarlah kenangan 2010 menjadi iktibar dan panduan untuk masa hadapan. Janganlah kita sentiasa menyesali kenangan sedih tahun lepas tetapi mari lah kita bangkit untuk membina kenangan baru yang kita harapkan ianya manis.

Iman membuat segala sesuatu menjadi mungkin. Harapan membuat segala sesuatu menjadi bekerja. Cinta membuat segala sesuatu menjadi indah. Semoga kita semua memiliki ketiganya untuk tahun baru ini

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU 2011

Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran


Raihan - Demi Masa

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan... Yang beriman dan beramal saleh

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan... Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran

( korus 1 )
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

( korus 2 )
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan... Yang beriman dan beramal saleh
( ulang korus1, korus2 )


SELAMAT TAHUN BARU 2011