Sunday, January 24, 2010

PLANET MARIKH

Marikh 2010!


Planet Marikh sekali lagi akan bergerak menghampiri Bumi pada akhir bulan ini. Kali terakhir ia berlaku ialah pada akhir tahun 2007.


Tumpukan mata anda ke langit timur apabila selepas terbenamnya matahari dan menjelang Isya. Anda akan dapat lihat sebuah objek seperti bintang yang amat cerah berwarna oren-kemerahan menyinari langit di kawasan langit tersebut.


Itulah planet Marikh, planet ke-4 di dalam sistem suria kita dan berada pada kedudukan Istiqbal dengan Bumi.


Istiqbal merupakan satu keadaan di mana planet-planet yang berada di dalam orbit yang lebih jauh daripada Bumi, berada pada kedudukan sederet relatif kepada Bumi dan Matahari. Di dalam kes ini, Marikh-Bumi-Matahari akan berada pada satu garisan yang hampir lurus. Ini bermaknanya, sebaik sahaja matahari terbenam, Marikh akan terbit.


Pusingan planet Marikh (atau juga dikenali sebagai planet Merah) bagi setiap kedudukan istiqbal ialah setiap 26 bulan.


Ketika ini, Marikh akan berada paling hampir dengan Bumi, dan kita akan dapat melihat ciri-ciri permukaannya dengan begitu jelas dan mudah.


Namun, disebabkan orbit Marikh dan Bumi tidak seragam jauhnya daripada Matahari, maka jarak Marikh-Bumi bagi setiap kejadian istiqbal berbeza-beza. Jika anda masih ingat, tahun 2003 yang mana ketika itu Marikh berada pada jarak yang paling hampir dengan Bumi jika dibandingkan dengan kedudukan istiqbal yang lain.


Kali ini, Marikh tidaklah berada amat hampir tetapi mencukupi untuknya bersinar dengan cerah dan menarik perhatian kita. Kiraan falak menunjukkan kecerahan hampir menyamai kecerahan bintang paling cerah di langit, iaitu bintang Sirius.


Oleh itu, jangan lepaskan peluang meneropong Marikh di sepanjang bulan Januari dan Februari ini!



SMS PERCUMA

Hantar SMS secara Percuma!!

Salam. Saya terjumpa satu website yang membolehkan kita hantar SMS secara percuma. Saya sudah buat percubaan terhadap dua nombor henset saya; Maxis & Celcom. SMS yang dihantar ke kedua-dua nombor tersebut sampai. Ini bermakna sistem SMS pada laman web tersebut memang betul-betul working. Jadi apa tunggu lagi cepatlah manfaatkannya.


Step 1:

Buka laman web ini:
http://freesms.cloudapp.net


sms-percuma


Step 2: Pada ruangan Mobile Number, masukkan nombor henset kepada siapa yang anda hendak hantar SMS. Pastikan bermula dengan kod negara. Contohnya jika Malaysia, kod negara Malaysia ialah 60. Tulis 60 di depan kemudian baru masukkan nombor henset.


Step 3: Pada ruangan Message, tulis SMS yang anda hendak hantar.


Step 4: Pada ruangan Verify, tulis balik Verification Number. Ini bagi mengelakkan SMS ini dihantar secara automatik.


Untuk menguji keberkesanannya, anda cuba hantar pada nombor anda sendiri dahulu. Jadi gunakanlah perkhidmatan ini dengan berhemah.


Thanks To IzoBlog


Saturday, January 16, 2010

GAMBAR GERHANA MATAHARI

Imej Gerhana Matahari Separa

(Lokasi: Planetarium Negara, Kuala Lumpur)


Hosted by albums.kimag.es


Imej Gerhana Matahari Separa (Lokasi: Langkawi)


Hosted by albums.kimag.es


Imej Gerhana Matahari Separa (Lokasi: Kangar)


Hosted by albums.kimag.es



KURSUS SEKOLAH RENDAH

IPTA TIDAK WAJAR TAWAR KURSUS PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

JITRA, 14 Jan - Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), tidak sewajarnya menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah), memandangkan ia telah ditawarkan oleh Institusi Pendidikan Guru (IPG), kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, penawaran program berkenaan di IPTA menjadi salah satu punca masih ada guru lepasan ijazah yang menganggur tidak mempunyai tempat di sekolah-sekolah rendah.

"Graduan program berkenaan dari IPTA tak boleh mengajar di sekolah rendah sebab kita sudah ada lulusan dari IPG. Graduan IPTA sepatutnya mengajar di sekolah menengah, tapi bila ambil opsyen ini susah nak dapat tempat di sekolah rendah" katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan warga pendidik daerah Kubang Pasu, di Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa, dekat sini Khamis.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, katanya penyelarasan perlu ada antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan IPTA bagi memastikan kursus atau program yang ditawarkan benar-benar mengikut unjuran yang telah ditetapkan.Mohd Puad berkata, lulusan IPG tidak mempunyai masalah penempatan kerana mereka telah dilatih untuk ditempatkan di sekolah-sekolah rendah, sebaliknya masalah hanya timbul apabila membabitkan guru lepasan IPTA.

Mengenai Program Susu Sekolah (PSS) yang digantung sejak dua tahun lepas berikutan beberapa kes keracunan pelajar, Mohd Puad berkata ia akan terus ditangguhkan bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap masalah berkenaan.

"Walaupun belum ada kata putus mengenai program ini, ia tidak begitu menjejaskan pelajar kerana yang lebih penting bagi saya ialah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang turut membekalkan makanan berkhasiat kepada murid-murid.

"Kementerian terpaksa menyemak semula perkara ini sehingga dapat memastikan susu yang dibekalkan benar-benar selamat dan berkhasiat," katanya.

Mengulas kenyataan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) semalam, yang meminta Kementerian Pelajaran meneruskan program berkenaan kerana ia penting untuk membekalkan makanan berkhasiat kepada pelajar-pelajar miskin terutama di kawasan luar bandar, katanya semua pihak tidak perlu risau kerana walaupun PSS masih digantung, bekalan makanan berkhasiat melalui RMT tetap berjalan seperti biasa.

Katanya, sebagai kementerian yang bertanggungjawab, pihaknya akan cuba menyelesaikan masalah penempatan berkenaan demi masa depan graduan terbabit.

"Saya menerima satu senarai yang mengandungi nama 20 graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang memilih program berkenaan, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah]) dan ada di antara mereka masih menganggur walaupun sudah hampir setahun tamat belajar," katanya.

Sementara itu, mengenai isu pendaftaran sekolah bagi anak-anak warganegara asing, Mohd Puad berkata masih ramai ibu bapa tidak memahami serta keliru dengan peraturan yang telah ditetapkan KPM.

Beliau menjelaskan, bagi warganegara Myanmar atau Rohingya yang mempunyai permit pekerjaan di negara ini, mereka boleh mendaftarkan anak mereka di sekolah kerajaan, tetapi mesti berpendapatan melebihi RM3,500 serta mempunyai dokumen yang sah dan dikenakan yuran sebanyak RM120 bagi sekolah rendah, manakala RM240 untuk sekolah menengah.

Katanya, bagi pelarian atau pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNCHR) pula, mereka tidak boleh mendaftarkan anak mereka di sekolah kerajaan, manakala bagi rakyat asing yang berkahwin dengan warganegara ini, dokumen pengesahan daripada ketua kampung atau penghulu sudah mencukupi, tetapi masih perlu membayar jumlah yuran yang sama.

- BERNAMA

Wednesday, January 13, 2010

BAHAYA PLASTIK

Bahaya Plastik..




Pernahkah anda minum dari botol minuman plastik atau makan makanan dari bekas plastik dan terasa seakan-akan plastik pada minuman atau makanan tersebut? Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut.

Sekiranya kita lihat pada belakang atau di bawah bekas tersebut, kita akan dapati ada simbol segitiga dengan kod nombor. Jangan salah faham. Kod no. pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer iaitu bi-produk dari bahan Petroleum).

Ketahuilah Fakta-Fakta Berikut:


* Kajian menunjukkan bahawa kod 1 yang diperbuat dari bahan PTE atau PET (yang selalunya digunakan untuk bekas minuman ringan atau air mineral) selamat digunakan untuk tempoh 1 kali sahaja. Ia tidak sesuai digunakan berkali-kali kerana akan menggalakkan pengumpulan bakteria pada permukaannya. Tetapi jangan biarkan bekas air ini di dalam kereta pada hari panas terik kerana bahan toksinnya akan terhakis dan masuk ke dalam minuman dan ia tidak sesuai lagi untuk diminum dan jika diminum juga boleh menyebabkan kanser terutamanya kanser payudara.

* Kod 2 jarang digunakan untuk bekas makanan/minuman. Oleh itu tidak perlu risau tentangnya

* Kod 4 selalunya digunakan untuk bungkusan makanan yang akan diguna sekali dan dibuang. Ia tidak akan menimbulkan kesan bahaya tetapi jika digunakan untuk mengisi bahan makanan/minuman yang terlalu panas atau terkena minyak masak yang masih panas, bahan plastiknya boleh meluntur dan masuk ke makanan tersebut.

* Kod 5 selamat digunakan dan boleh dipanaskan di Oven microwave tetapi untuk jangkamasa 3 bulan sahaja jika diguna setiap hari. Oleh itu anda harus membuangnya dan gantikan dengan yang baru jika sudah terlalu lama menggunakannya.

* KOD MERAH yang MESTI DIELAKKAN sama sekali ialah yang bertanda 3, 6 & 7. Bahan kod 7 biasanya diperbuat dari Polycarbonat yang bersifat keras dan lutsinar tetapi mengandungi BPA atau Bisphenol-A yang merbahaya kerana ia bersifat karsinogenic dan boleh menyebabkan Kanser terutamanya Kanser Payudara. Kod 3 & 6 mengandungi BPA serta bahan kimia lain yang juga boleh memberi kesan yang sama.

Kajian di Amerika Syarikat telah mendapati 95% dari sampel air kencing orang dewasa, ibu mengandung, kanak2 & bayi yang diambil mengandungi bahan BPA ini. Plasenta ibu yang mengandung juga dikesan bahan bahaya tersebut. Bahan Bisphenol-A (BPA) ini boleh merosakkan sistem reproduktif, mengubah kadar pertumbuhan bayi dan merosakkan organ tubuh, meninggikan risiko kanser payudara, kanser testicular, atau prostrate kadar sperma yang rendah, keguguran, kegemukan, diebetis & tekanan darah tinggi.

Sayang sekali, bahan ini terdapat di kebanyakan botol2 susu bayi yang ada di pasaran dan pihak berkuasa di Malaysia masih belum membuat apa-apa kenyataan atau tindakan terhadap perkara ini walaupun pihak USRDA yang bereputasi serta menjadi rujukan sedunia telah mengesahkan fakta ini.

Jadi, kita kena bertindak sekarang. Jangan guna plastik kod 1 berulang kali, jangan guna kod 5 dalam tempoh yang terlalu lama. Yang lebih penting, JANGAN GUNA LANGSUNG KOD 3, 6 & 7. Cara yang terbaik ialah dengan menggantikan dengan bekas yang diperbuat dari kaca atau seramik yang lebih selamat.


Forest Research Institute Malaysia
52109 Kepong, Selangor,
MalaysiaHotline : +603-62797000


Tuesday, January 12, 2010

GERHANA MATAHARI SEPARA

Gerhana Matahari Separa 15 Januari 2010

Pada hari Jumaat, 15hb Jan 2010 nanti, sebuah lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.


Kemudian ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.Di Malaysia, hanya Gerhana Matahari Separa sahaja dapat dilihat pada tarikh tersebut.


Kiraan waktu gerhana dari lokasi bandar-bandar utama di malaysia adalah seperti berikut:




Kuala Lumpur

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:01 PM

Fasa Maksimum (41% 28.6% Matahari Tertutup):4:26 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:38 PM


Kota Bharu

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:03 PM

Fasa Maksimum (47% 34.5% Matahari Tertutup):4:31 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:45 PM


Langkawi (Kuah)

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 2:54 PM

Fasa Maksimum (52% 39.7% Matahari Tertutup):4:27 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:46 PM


Cara melihat gerhana


Seperti yang selalu diingatkan, jangan SEKALI-KALI melihat Matahari dengan mata kasar atau alat mencerap (teleskop atau binokular). Cahaya matahari amat terang dan memancarkan radiasi yang amat tinggi sehingga boleh merosakkan mata sehingga buta.


Kaedah paling selamat melihat fasa-fasa gerhana ialah dengan menggunakan kamera lubang pin (Pin Hole Camera).


Jika anda mempunyai binokular, gunalah kaedah projeksi atas kertas (cardboard projection).


Jika anda mempunyai teleskop, sebaik-baik kaedah ialah dengan menggunakan penapis matahari (seperi baader atau mylar). Cuba elakkan daripada menggunakan kaedah projeksi atas kertas kerana intensiti cahaya matahari amat kuat dan boleh mencairkan kanta mata (eyepiece) anda!

Suasana ketika Gerhana Matahari Separa.


Disebabkan matahari teramat cerah, tidak banyak kesan yang dapat dirasa atau dilihat ketika fasa gerhana. Mungkin paling jelas ialah suasana sekeliling akan kelihatan 'kurang' terang berbanding biasa. Namun, anda perlulah mempunyai skil observasi yang tinggi untuk benar-benar dapat melihat perbezaan cahaya ketika fasa gerhana.


Sumber : Falak Online




Sunday, January 10, 2010

UJIAN 3M TAHUN 1

UJIAN 3M UNTUK TAHUN SATU SELAMA 2 BULAN

PUTRAJAYA, 7 Jan - Kementerian Pelajaran akan mengadakan ujian dalam tempoh dua bulan ini kepada murid Tahun Satu bagi mengenal pasti tahap kemahiran mereka dalam menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata melalui pendekatan 3M itu, yang akan ditingkatkan dengan pengenalan program Literasi dan Numerasi (Linus), pihaknya dapat mengetahui tahap setiap pelajar sebelum ditempatkan di kelas masing-masing.

Beliau berkata kelas-kelas pemulihan akan diberikan kepada murid-murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran 3M selepas siri ujian itu dilakukan.

"Kita akan mengambil inisiatif secara menyeluruh. Semua murid yang masuk Tahun Satu, kita kena pantau dalam tempoh beberapa bulan, kita akan buat ujian.

"Jika terdapat pelajar yang tidak berapa sempurna penglihatan atau pendengaran sehingga sukar untuk kuasai 3M, kita akan adakan program khusus kerana matlamat kita, selepas tiga tahun bersekolah semua murid dapat menguasai 3M," kata Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan Tahun Baru 2010 kepada warga Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini Khamis.

Terdahulu semasa berucap, Muhyiddin berkata pengenalan program Linus pada peringkat sekolah rendah akan membolehkan lebih tumpuan diberikan kepada murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran 3M.

Katanya kadar literasi dalam kalangan murid sekolah rendah pada masa ini adalah 87 peratus dan peningkatan sebanyak tiga peratus disasarkan pada tahun ini.

Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian penilaian ke atas sistem pendidikan negara pada tahun hadapan dengan kerjasama Petubuhan Pendidikan, Saintifik dan kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) bagi memastikan sistem pendidikan negara terus relevan dan berdaya saing.

Langkah itu, katanya bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan untuk menambah baik sistem pengurusan pendidikan, kurikulum, latihan perguruan, proses pengajaran dan pembelajaran serta aspek-aspek lain secara keseluruhannya.

"Kajian tersebut mungkin mengambil masa antara enam bulan hingga setahun," katanya.

- BERNAMA

GURU PEMULIHAN SEK RENDAH

NISBAH 1:15 GURU PEMULIHAN SEKOLAH RENDAH

PUTRAJAYA 7 Jan. – Kementerian Pelajaran akan menambah bilangan guru pemulihan di sekolah rendah daripada seorang bagi setiap sekolah ketika ini kepada nisbah 1:15 berbanding murid pada tahun ini.



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bagi membolehkan lebih tumpuan kepada murid yang lemah dalam membaca, menulis dan mengira (3M).

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementerian akan menempatkan guru-guru terbaik mengajar murid-murid tahun satu di bawah program Literasi dan Numerasi (LINUS) mulai sesi persekolahan tahun ini.

“Dalam masa dua bulan ini, kita akan buat satu ujian di setiap bilik darjah bagi mengenal pasti murid yang lemah penguasaan dalam 3M.

“Kita akan buat ujian-ujian tertentu yang sesuai untuk memperbaiki keadaan supaya mereka dapat menguasai 3M dalam tempoh tiga tahun mereka bersekolah,” katanya.

Pada masa ini, kadar literasi di sekolah rendah adalah 87 peratus dan sasaran tahun ini menumpukan peningkatan tiga peratus iaitu kepada 90 peratus. Muhyiddin berkata, program LINUS itu salah satu daripada empat sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang akan diberi tumpuan khas oleh kementerian tahun ini.

- Utusan Online

Wednesday, January 6, 2010

INFO SAINS - CIPTAAN TERHEBAT

10 Ciptaan Terhebat Sepanjang Sejarah

thomasedison-large

1. Mentol

Thomas Edison tidak mempunyai bakat luar biasa. Beliau hanya memiliki imaginasi dan keinginan yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu yang memberi manfaat kepada manusia.


Ciptaan mentol lampunya mengambil masa yang lama dengan perancangan yang teliti, mengulangi ujian dan eksperimen berkali-kali tanpa jemu dengan kegagalan. Akhirnya beliau berjaya menghasilkan mentol lampu yang berjaya menerangi alam ini melalui teknologi ciptaannya.



Di peringkat permulaan, pada tahun 1879, mentol-mentol lampunya telah digunakan di bangunan yang menempatkan makmalnya di sebuah jalan di New Jersey.


Revolusi perindustrian dan peningkatan permintaan pasaran lampu membuaatkan Thomas Edison menjadi sangat terkenal di dunia hasil dengan hasil ciptaanya.


Henry Ford-Model T

2. Kereta

Henry Ford merupakan seorang pencipta dan usahawan berjaya di zamannya. Sehingga kini kereta Ford masih gah di pasaran dan beliau merubah dunia perindustrian kereta dan kilang pemasangannya bermula pada tahun 1908.


Rekaan kereta dan kaedah pengeluaran secara besar-besaran telah menjadikan Amerika sebagai pengeluar kereta utama pada waktu itu.


transistor

3. Transistor

Dalam kebanyakan rekaan, kita tidak dapat melupakan ciptaan transistor. Dunia elektronik dan komputer mungkin tidak akan semaju sekarang sekiranya transistor tidak dihasilkan.


Melalui teknologi semikonduktor, peranti elektronik transistor telah menghasilakn pelbagai produk elektrik dan elektronik dan kalkulator sehinggalah komputer tercanggih pada masa kini.


Transistor 3 terminal ( source, drain & gate ) dicipta oleh 3 saintis iaitu William Shockley, Walter Brattain dan John Bardeen dan melayakkan mereka menerima Anugerah Nobel Fizik pada tahun 1956 atas kejayaan mereka.


satellite

4. Satelit Komunikasi

Satelit komunikasi pertama dunia dicipta oleh unit ketenteraan Amerika dan dilancarkan ke angkasa lepas pada tahun 1958.


Satelit tersebut telah memancarkan suara Presiden Eisenhover dari bumi melalui satelit dan kembali ke bumi untuk rakyat Amerika dengan kata-kata ” Through the marvels of scientific advance, my voice is coming to you from a satellite traveling in outer space”.


Serentak dengan itu, bermulalah misi saintifik kapal angkasa Apollo yang dilancarkan untuk menghantar satelit mengorbit bumi dan ia menjadi salah satu punca pendapatan utama Amerika dalam dunia telekomunikasi.


mri

5. Imbasan Magnetic Resonan (MRI)

Jutaan nyawa manusia dapat diselamatkan dengan terciptanya alat pengimbas berasaskan Magnetik Resonan yang dapat mengimbas pesakit keseluruhan badannya tanpa sedikit rasa sakit.


Ciptaan menakjubkan ini direka oleh saintis Amerika iaitu Raymond Damadian berdasarkan kajiannya tentang Prinsip Magnetik Resonan Nuklear. Alat pengimbas MRI pertama digunakan secara komersial pada tahun 1977.


how-to-use-the-internet

6. Internet

Bermula awal 1960-an, kajian dijalankan oleh pihak ketenteraan Amerika melalui DARPA untuk menghasilkan ARPANET bagi kajian ketenteraan.


ARPANET menghubungkan UCLA, Stanford University, UC Santa Barbara dan Universiti Utah pada awal kemunculannya. Kumpulan saintis yang merekacipta ARPANET juga pertama kali menghantar mesej melalui komunikasi emel pada tahun 1971.


laser

7. Teknologi Laser

Laser tergolong dalam antara salah satu ciptaan paling praktikal dan berjaya dalam abad ke-20 di Amerika dengan aplikasinya yang pelbagai dan potensi bisnes teknologi yang diperolehi daripadanya.


Albert Einstein mula menerangkan sifat-sifat laser seawal tahun 1917 sehinggalah pada tahun 1960 sekumpulan saintis di Hughes Research Laboratories di California melaporkan kajian mereka tentang keupayaan dan fenomena LASER.


Hari ini penggunaan laser digunakan meluas untuk mendengar CD atau menonton DVD, melakukan pembedahan mata (LASIK), mengimbas barcode, sistem pencahayaan di konsert-konsert muzik dan sudah tentu lampu-lampu laser yang terang.


neil_armstrong

8. Misi Menghantar Manusia ke Bulan

Di bawah pentadbiran Eisenhover, Amerika berjaya mendaratkan manusia pertamanya (Neil Armstrong) di bulan pada tahun 1969 melalui Projek yang dijalankan oleh NASA melalui kapal angkasa Apollo.


Di era Perang Dingin dengan Kesatuan Soviet, Amerika cuba untuk bersaing melalui teknologi bagi memenangi warga dunia tentang keupayaan mereka menentang komunis dari segi teknologi.


bomb1

9. Bom Atom

Bom atom pertama diuji di New Mexico pada tahun 1945 sebelum digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki. Ledakan bom atom telah menamatkan Perang Dunia ke-dua.


Bom atom direka melalui projek rahsia yang dikenali sebagai Projek Manhattan yang menggabungkan saintis-saintis ternama seluruh Amerika dan saintis-saintis dunia yang berhijrah ke sana.


wright-brothers

10. Kapal Terbang

Dua Bersaudara Oliver dan Wilbur Wright dari Ohio merupakan orang yang pertama menerbangkan pesawat pada tahun 1903.


Kejayaan mereka telah mendorong penerokaan dunia pesawat terbang yang telah memendekkan masa perjalanan manusia dari satu benua ke benua lain. Terbang selama 12 saat di kawasan lapang berangin di North Carolina, era sains dan teknologi selepas itu tidak lagi menoleh ke belakang.


Diterjemah secara bebas dari LiveScience



Monday, January 4, 2010

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SK Kubang Telaga. Semoga tahun 2010 bakal menyuntik semangat baru kepada semua pelajar dan para guru. Resolusi dan azam untuk memartabatkan SK Kubang Telaga seharusnya menjadi agenda utama warga pada tahun ini.

Para pelajar berwajah ceria pada hari pertama persekolahan



Perhimpunan Mingguan

Guru Besar Tn. Hj. Azhari Bin Hj. Ismail menyampaikan ucapan

Dari kiri PK HEM Pn. Hasnah Bt. Ismail, PK P Pn. Habsah Bt. Yaacob,
PK Ko Tn. Hj. Nawi Bin Husin dan Pegawai Khas PPD Bachok En. Zamri

Dari kiri Ustaz Zakaria, Cikgu Rosdi, Cikgu Zulkanai & Cikgu Lee

Pn. Che Esah, Pn. Saleha, Ustazah Rohaya, Cik Ismawati, Pn. Rasidah

Ustazah Nur Asma, Pn. Sarimah, Pn. Maheran, Pn. Noorazmiza ,
Pn Zakiah Hanim ( guru baru ) & Ustazah Noor Aini

First Day First Lesson

Program Transisi untuk Tahun 1



Saturday, January 2, 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH


Hari ini 03 Januari 2010 adalah hari pertama sesi persekolahan tahun 2010. Semua guru dan murid memulakan hari pertama dengan ceria dan penuh semangat.


Bagi SK. Kubang Telaga, hari pertama ini berjalan lancar. Ibu bapa yang menghantar anak-anak kesekolah beransur pulang setelah anak masing-masing masuk ke kelas. Tiada lagi suasana seperti masa-masa dulu, ada ibu bapa yang terpaksa duduk 'belajar' sekali dengan anak di dalam kelas.

Mungkin kerana anak-anak sekarang sudah biasa ditinggalkan atau sudah biasa dengan suasana persekolahan. Ada yang dari usia 4 atau 5 tahun sudah bersekolah sama ada prasekolah atau pusat bimbingan yang lain.

Semoga tahun 2010 ini akan membawa kejayaan yang lebih lagi kepada murid, guru dan SK Kubang Telaga keseluruhannya.