Monday, January 23, 2017

SIC+


Apakah Spesifikasi Tugas SISC+

Spesifikasi Tugas SISC+

PPP yang dilantik sebagai SISC+ bertanggungjawab kepada Pegawai Pelajaran Daerah di PPD yang ditempatkan. Tugas utama SISC+ adalah mempertingkat kualiti PdP guru mata pelajaran di bawah kawalannya ke arah mempertingkat penguasaan dan pencapaian murid.

Selaku SISC+, pegawai akan memperuntukkan 80% hingga 90% masa berkerja dengan guru di sekolah.
Di antara tanggungjawab utama SISC+ adalah;
  • Memastikan tahap PdP guru - guru di bawah kawalan mencapai standard yang telah ditetapkan.
  • Memastikan tahap pelaksanaan dasar dan program KPM dijalankan di sekolah.
  • Merealisasikan KPI mata pelajaran yang telah ditetapkan.
  • Meningkatkan tahap profesionalisme, pengetahuan, kemahiran dan sikap diri masing-masing.
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan latihan untuk guru di daerah masing-masing.



Skop tugas SISC+ boleh diperincikan seperti jadual di bawah.

Coaching and
Mentoring                                                              
  • Membimbing guru meningkatkan teknik pedagogi supaya lebih efektif, kreatif dan inovatif.

  • Mencadangkan KPI mata pelajaran kepada sekolah.

  • Berfungsi sebagai agen perubahan positif dan menjadi pakar rujuk sumber.
Kurikulum
  • Memberi bimbingan dan kefahaman kepada mengenai dasar dan program KPM seperti MBMMBI, LINUS, KSSR, KSSM, PBS dan lain-lain.

  • Menyampaikan maklumat terkini mengenai mata pelajaran dan pelaksanaan penilaian kurikulum dalam bilik darjah.

  • Mengenal pasti isu-isu semasa bagi setiap dasar dan program yang berkaitan mata pelajaran masing-masing.

  • Membincangkan intervensi yang bersesuaian bagi mata pelajaran yang dibimbing.
Pelaporan

  • Melaporkan dapatan penyeliaan dan bimbingan yang telah dilaksanakan kepada PPD setiap dua minggu.

  • Menggunakan format pelaporan yang dibekalkan dalam buku panduan.
Jaringan




                                           
  • Melaksanakan perkongsian pintar.

  • Melaksanakan sesi latihan bersama bagi sekolah-sekolah di bawah kawalan.

Monday, January 2, 2017

Selamat Tahun Baru 2017



http://www.upblackberry.com/wp-content/uploads/2014/12/gambar-selamat-tahun-baru-2016.jpg 




Selamat menyambut tahun baru 2017 dan selamat kembali ke sekolah kepada seluruh warga  SKKT.

Semoga tahun ini membawa kegemilangan kepada kita.




http://sktmr2.weebly.com/uploads/3/7/4/4/37447209/8757587_orig.jpg



Monday, December 12, 2016

Salam Maulidur Rasul

Tema Sambutan Maulidur Rasul 2016 - 1437/ 1438H

 "Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah"

 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikyiz59pDbBeAUFBdtQPnSv0hGmTH1y8dv9s7QXg6d-Xnk0Zy1jqCeLJBfKwykSv534LnG22hav-lA_fX3XJvKHYUEc-44jzlY4ww-_IArfLkUIbNL3DxRIIyqAIo5Wa0OQW11XQG5LMhV/s1600/Tema+Sambutan+Maulidur+Rasul+2016.png

MAULIDUR RASUL; KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI

Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

Menghayati Perjuangan Nabi

Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya. 

Keperibadian Terpuji

Masyarakat Arab  Quraisy  amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda  dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik  budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin. 

Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya?  Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surat al-Anfal ayat 30:

"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah )  menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".

Ketokohan 

Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam  hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam  adalah bertanggungjawab mempertahankan agama Allah.

Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.

Keadaan Kucar kacir

Keadaan dunia pada masa itu amat tenat dan kucar kacir. Manusia pada ketika itu telah berperangai  kebinatangan. Terlalu banyak kelakuan buruk yang melingkari masyarakat ketika itu. Bukan sahaja di semenanjung tanah Arab, bahkan di negara Parsi dan juga Rom. Kehidupan mereka sungguh teruk, meminum arak menjadi satu kebanggaan. Persundalan dianggap satu keseronokan, amalan riba' berleluasa dalam perniagaan, hidup berpoya-poya menjadi tanpa haluan.

Kekejaman yang dilakukan dianggap satu keperkasaan. Kekuatan digunakan untuk menindas. Kekuasaan digunakan untuk mengaut kekayaan. Para penguasa selalu dimuliakan bahkan kadangkala dianggap sebagai tuhan. Orang awam yang lemah selalunya di perhambakan. Kepandaian sering digunakan untuk menipu. Setiap saat akal sentiasa digunakan untuk berbuat jahat dan untuk memenuhi tuntutan nafsu. Demikianlah gambaran masyarakat ketika baginda diutuskan. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling sekali.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-ahzab 21).

Kesimpulan

Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.

Sumber:    Akhbar Utusan Malaysia

JAKIM

 

Thursday, November 17, 2016

Keputusan UPSR 2016








Tahniah pelajar2 SKKT... meskipun keputusan agak mengejutkan tetapi ketabahan para guru, murid dan ibu bapa untuk menerimanya amat membanggakan...

Tuesday, November 8, 2016



Takwim Sekolah KPM Tahun 2017

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan takwim persekolahan bagi tahun 2017 untuk rujukan ibubapa, guru-guru dan pelajar.


Tahun 2017 (Kumpulan A)

Mula sekolah : 1 Jan 2017
Cuti pertengahan penggal pertama : 17 Mac - 25 Mac 2017 (9 hari)
Cuti pertengahan tahun : 26 Mei - 10 Jun 2017 (16 hari)
Cuti pertengahan penggal pertama : 25 Ogos - 2 September 2017 (9 hari)
Cuti akhir tahun : 24 November - 31 Disember 2017 (38 hari)


Tahun 2017 (Kumpulan B)

Mula sekolah : 3 Jan 2017
Cuti pertengahan penggal pertama : 18 Mac - 26 Mac 2017 (9 hari)
Cuti pertengahan tahun : 27 Mei - 11 Jun 2017 (16 hari)
Cuti pertengahan penggal pertama : 26 Ogos - 3 September 2017 (9 hari)
Cuti akhir tahun : 25 November - 1 Jan 2018 (38 hari)

Wednesday, September 9, 2015

UPSR 2015





Selamat Menduduki UPSR Kepada Semua Calon UPSR 2015

Selamat menduduki peperiksaan UPSR 2015 kepada semua calon SK Kubang Telaga. Semoga memperoleh keputusan yang cemerlang dan kejayaan yang diingini. Warga Sek. Keb. Kubang Telaga juga turut mendoakan agar anda memperolehi keputusan yang cemerlang. Semoga dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Kayuhan Merdeka 2015


Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 pihak sekolah telah mengadakan program Kayuhan Merdeka. Seramai 40 orang murid menyertai program ini. Kayuhan ini bermula di SK Kubang Telaga ke SK Keting. Murid-murid SK Keting seramai 30 orang juga menyertai kayuhan ini dan bergerak ke SK Kolam.
SK Kolam telah memberikan sambutan yang meriah kepada peserta Kayuhan Merdeka dengan paluan kompang dan jamuan ringan.
Dari sini murid-murid melalui jalan Kedai Menanti ke SK Keting semula dan seterusnya kembali ke sekolah. Pihak penganjur amat berterima kasih kepada Polis Trafik Bachok kerana mengawal lalulintas untuk memastikan keselamatan peserta.

Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Zaki Bin Dollah

Berkumpul di Dewan Besar untuk Majlis Perasmian

Laungan MERDEKA

Berbaris untuk diambil markah

Pegawai Trafik melepaskan peserta

Peserta Kayuhan Merdeka

Jamuan ringan di SK Kolam

Berehat di SK Kolam

Guru yang mengiringi

Peserta perempuan juga tidak ketinggalan

Guru yang mengiringi

Bertolak dari SK Kolam

Terima kasih SK Kolam

Basikal yang rosak

Gambar bersama Pegawai Polis Trafik Bachok

Bersalaman dengan Pegawai Polis yang bertugas